Pages

Ads 468x60px

Selasa, 7 Mei 2013

Mee Goreng Mamak Ayer Lanas


Resepi : Yie resepi

Bahan-bahannya :

Bahan-bahan ( 2 org makan )

  • Bahan-bahan tumis:                          
  • 150g cili kering
  • 100g daging ayam, daging, udang
  • 1 sk gula, garam, secukup rasa
  • 1 sk serbuk kari baba's  
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 sb kicap pekat
  • 2 sb sos tiram 
  • 2 sb sos tomato, sos cili                           
  • myk masak secukupnya 
  •       
  • Bahan mee :
  • 2 cekak mi kuning
  • 1 cekak taugeh, 1 btg sayur sawi, 1 biji telur                 
  •  tauhu goreng, limau nipis dan bawang goreng
  • 1 sb air cili (jika mahu pedas)
  • 1 fishcake dan bebola ikan            

Cara-cara              

  1.  Tumiskan bawang putih, bawang besar sehingga layu dan keluar baunya, kemudiankan masukkan cili kering, sos tiram, sos tomota, sos cili, serbuk kari, tumis bersama ayam, daging, udang, fishcake n bebola ikan sehingga masak.
  2. Masukkan dengan segera mi kuning dan titiskan kicap pekat, 1sk garam, gula dan secukup rasa. Masak dgn api yang kuat, kalau nak mi anda basah boleh tambah sdikit air, kemudian diikuti dengan taugeh dan sawi. Gaul rata
  3. Bila mi dah mulai masak, kecilkan api dan tepikan mi anda dengan sudip kemudian kosongkan ruang tengah kuali, titiskan sdikit minyak dan pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan secukup rasa (bagi rasa pada telur jika menggaul bersama mee. Tutup telur dengan mi seketika dalam 30 saat la. Kuatkan api semula dan kacau mi dgn telur sbati. keseluruhan menggoreng 3-4 minit je
  4. Angkat mi anda dan hiaskan dengan hirisan cili, taburan bawang goreng, hirisan limau nipis. Selamat mencuba.

0 ulasan:

Catat Ulasan