Pages

Ads 468x60px

Featured Posts

Khamis, 23 Mei 2013

Gulai Ikan Merah@Tongkol


Bahan-bahannya :

5 ketul ikan tongkol @ merah
3 ulas bawang putih *
seinci kunyit hidup @ 1 s/k debu *
seinci halia muda dihiris nipis
seinci lengkuas dihiris nipis
2 s/b serbuk kari baba (digaul bersama air sampai pekat@cair sedikit)
2 s/b cili kering kisar
1 keping asam gelugur
secukup rasa, gula, garam (penambah perisa)
separuh stok ayam
minyak menumis
2 biji lada hijau/merah
1 biji tomota dipotong baji
timun/kacang panjang

Cara-caranya :
  1. Semua yang bertanda ** ditumbuk
  2. Tumis bahan tersebut disusuli dengan cili kering dan serbuk kari
  3. Bila tumisan dah masak cantik masukkan santan.
  4. Teruskan masak dengan menggunakan api yang kecil.
  5. Masukkan asam keping dan ikan.
  6. Kemudian diikuti dengan hirisan timun/kacang panjang/cili hijau.
  7. Bila sayur dah hampir layu
  8. Perasakan dengan garam dan gula.


Sambal belacan :
cili padi secekak
cili merah 2 biji
1 inci belacan dibakar
sebelah bawang besar dibakar
3 biji bawang putih dibakar
gula, garam, secukup
6-7 biji limau kasturi diambil jusnya
kulitnya dihiris nipis-nipis untuk dimasukkan ke dalam sambal

*semua bahan tersebut diblender separuh halus kecuali kulit limau, bila dah siap boleh dimakan bersama nasi berlauk.

Selamat Mencuba :)