Pages

Ads 468x60px

Selasa, 7 Mei 2013

Jalan-jalan Siri 1 ke Tok Aman Bali Beach Resort, Tok Bali, Kelantan

Inilah resort yang dibooking melalui internet tetapi aku terlupa tarikh "check in" ke resort. Kebetulan aku ingat-ingat lupa macam itu, jadi bawalah anak-anak dan isteri ke Tok Aman Bali, kononlah nak p bersiar-siar tengok kawasan dulu. Apabila sampai di resort, aku terus meluru ke kaunter check in dengan membawa no booking sewaktu mendaftar di internet, sekali adik manis tu memberitahu bahawa hari yang kami kena check in tu hari tu juga, terpaksalah kami pulang ke rumah mertua, tergesa-gesanya kami berkemas, kami turun sebelum sembahyang maghrib. Dalam perjalanan ke resort kami sempat lagi singgah di pasar malam sempat jugalah membeli makanan sambil bersembahyang maghrib. Kami sampai di resort jam 8.30 malam, nilah bilik yang kami booking, mahal jugalah kami tinggal 2 hari 3 malam RM500 lebih semata-mata bawa anak-anak mandi kolam.
 Inilah bilik yang diidamkan cantiklah jugak berbaloi tetapi sayangnya masalah air pulak terlalu perlahan dan tidak keluar-keluar sewaktu kami mahu membersihkan terpaksa panggil pekerjanya, tambah lagi line internet langsung tidak ada, hanya di lobi sahaja, takkan lah aku terhegeh-hegeh nak p internet ke sana, buang tabiat ke?? malam-malam buta..
Ini 2 putera aku sedang beradu kat katil impian, penat seharian berada di dalam kereta gara-gara nak bercuti dan mandi kolam.
Tibalah waktu dinanti-nanti, aktiviti mandi di kolam, pelampung biru dan kuning dibeli semata-mata untuk bercuti di sini.
 Ini umi bersama anas dan aniq, terpaksa masuk juga ke kolam demi 2 putera diraja ni nak bersiram.
 Anas masa umur 5 bulan dah mandi masuk ke kolam, seronoknya nak mandi bersama-sama abangnya.
 Ni abangnya Aniq, mula-mula masuk kolam siap menangis-nangis lagi gara-gara sekali, sekali tengok anas mandi jugak, hilanglah rasa takutnya, biasalah mula-mula.
 Entahlah apalah yang aku cakapkan pada budak-budak tu tazkirah kali....


0 ulasan:

Catat Ulasan